Pages

ICT dan Pendidikan di Malaysia



Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar yang bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Perkara ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:

1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;

2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;

3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;

4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;

5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;

6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;

7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;

8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;

9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan

10.meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.



0 comments: