Matlamat Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk
(a) melahirkan pelajar yang dapat berbahasa Melayu dengan cekap dan berupaya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi;
(b) menghasilkan lulusan bahasa Melayu yang berdaya saing dan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja; (c) mengukuhkan rasa sayang akan bahasa Melayu dan berbangga menggunakannya.
Objektif Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar
(a) memahami sejarah, kekeluargaan, dan perkembangan bahasa Melayu;
(b) menguasai dan menggunakan sistem bahasa Melayu dengan betul;
(c) memahami, menginterpretasi, dan mengulas kandungan bahan bacaan tentang pelbagai bidang;
(d) memahami wacana, retorik, variasi, dan laras bahasa dengan betul, dan dapat menggunakannya dengan berkesan;
(e) memahami, memilih, dan menggunakan kosa kata mengikut konteks, dan dengan gaya yang sesuai;
(f) mengungkapkan fikiran dengan menggunakan bahasa yang betul, baik, dan berkesan, sama ada secara lisan atau tulisan;
(g) mengembangkan sesuatu idea secara tersusun, padat, dan meyakinkan, sama ada secara lisan atau tulisan;
(h) mengenal pasti kesalahan bahasa, menjelaskan sebab kesalahan, dan membetulkannya;
(i) menguasai kemahiran insaniah (seperti kerja secara berkumpulan, kepemimpinan, keupayaan menyelesaikan masalah, keterampilan berkomunikasi, dan lain-lain) dalam konteks penggunaan
Assalamualaikum Su. Kertas BM STPM baharu itu hampir sama dengan kertas BM yang saya ajar di UNISEL. Artikel Su mungkin banyak manfaatnya kepada saya.yang benar, abubakar